Thursday 12 December 2013

MEMASARKAN BENIH KELAPA MATAG DALAM POLYBAG


Selain dari itu saya juga telah berkerjasama dengan Syarikat GUGUSAN EKSKLUSIF SDN BHD untuk memasarkan benih baka G1 yang berkualiti.  Kerjasama ini adalah untuk meluaskan lagi tanaman ini dalam membantu industri kelapa di Malaysia.

Saturday 2 November 2013

MEMBERI NASIHAT KEPADA PENANAM KELAPA MATAG



Atas permintaan En Sazali saya telah diundang untuk memberi nasihat pengurusan penanaman kelapa matag.  Khidmat nasihat saya berikan secara percuma berbekalkan sedikit ilmu yang Allah kurniakan.  Semenjak dari situ bermulalah tugas baru saya iaitu memasarkan benih kelapa matag bergred terbaik dan memberi nasihat berhubung tanaman kelapa matag secara percuma sehingga pokok berbuah.  Jika penanaman menghadapi masalah pemasaran saya juga menyediakan khidmat tersebut dari segi pemasaran kelapa muda dan kelapa tua.

Saturday 8 June 2013

MELAWAT LADANG KELAPA MATAG




Berbekalkan semangat dan kecekalan hati saya mulakan langkah dengan melawat ladang-ladang kelapa matag seluruh negara bagi memperolehi ilmu. Walaupun ianya nampak seperti membazirkan waktu tapi bagi ku ianya adalah usaha dalam menimba ilmu. Moga Allah memberkati ku. Amin.

Friday 5 April 2013

PELUANG MENJADI PENGEDAR BENIH MATAG KELUARAN JABATAN PERTANIAN




Alhamdulillah syukur pada Allah dan bantuan dari En Khairuddin seorang bekas Jabatan Pertanian Selangor yang memberi peluang kepada saya untuk mengedarkan dan memasarkan benih-benih dari baka terbaik seperti F1/G1 & F2/G2. Selain itu beliau juga membantu saya mendapatkan benih-benih keluaran United Plantation di Perak.

Saya terima pelawaannya dan dari situ bermulalah titik tolak saya mula menjadi pengedar benih Kelapa Matag Gred Terbaik.  Walaupun sukar untuk mendapatkan benih-benih terbaik ini namun Alhamdulillah susunan Allah.... rezeki tetap datang.

Tuesday 5 February 2013

POKOK KELAPA MATAG SEMAKIN MEMBESAR





Sehingga kini cuma serangan _*a_*i yg datang menyerang, setiap kali serangan 2-3 pokok tumbang dan hancur. Pagar dah pon aku perbaiki....rasanya dan masuk 3/4 lapis.

Tapi aku tetap bersyukur pokok yang subur telah menaikkan semangat ku untuk terus berusaha dan bersabar. Moga Allah memberkati aku. Amin.

Tuesday 1 January 2013

ALHAMDULILLAH SETAHUN BERLALU

Sejuk mata memandang


Alhamdulillah syukur pada Allah, matag ku tanam dan setahun berlalu. Selepas dibaja pokok-pokok nampak subur dan sihat.

Bila tengok pokok-pokok ni terasa tenang aje....