Wednesday 29 October 2014

BERGAYA BERSAMA BENIH BAKA G1



Dari raut wajah tergambar keceriaan dan kegembiraan bila tempahan benih telah tersedia.  En Rosli dari Temerloh datang ke KL untuk mengambil sendiri benih dari baka G1. Moga terus berjaya dalam bidang pertanian ini.

Monday 27 October 2014

MENUNAIKAN HAJAT



Alhamdulillah dapat menunaikan hajat En Buyung dari Kuala Lumpur dan En Iqbal dari Banting, Selangor.  Dah lama beliau mencari baka F1 akhirnya berjaya mendapatkannya.

Saturday 25 October 2014

WASSAP MEMAINKAN PERANAN DALAM TUJUAN PROMOSI KELAPA MATAG




Telah terbukti wassap juga kini memudahkan pengurusan penjualan benih kelapa matag. En Iqbal dan ibunya datang ke tapak semaian untuk melihat keadaan benih yang saya perolehi dari Jabatan Pertanian.

Setelah menerima penerangan berhubung kualiti baka-baka ni beliau amat berpuashati dan terus membeli. Alhamdulillah rezeki dari Allah, mulanya niat untuk meninjau tapi terus membeli.

Thursday 9 October 2014

POS PUN BOLEH



Minat yang mendalam untuk menanam kelapa matag di halaman rumah telah mendorong Azreen dari Rantau Panjang, Kelantan untuk memiliki baka terbaik dan berkualiti. Alhamdulillah, semoga berjaya.

Wednesday 8 October 2014

DARI DUNGUN DATANG BERTANDANG



Alhamdulillah setelah berhubung melalui FB akhirnya En Azli dari Dungun, Terengganu datang ke tapak semaian sementara di Setiawangsa untuk membuat tempahan benih. Setelah berpuas hati dengan penerangan dan kualiti benih beliau telah membuat tempahan. InsyaAllah jika tiada halangan minggu depan saya akan hantar benih ke Dungun, Terengganu.