Tuesday 9 June 2015

KESUKARAN MENGHASILKAN BENIH F2/G2 TERBAIK DAN BERKUALITI

Assalammualaikum pengunjung blog Kelapa Matag.

Kesukaran Menghasil Benih F2/G2 Terbaik dan Berkualiti.

Tajuk ini dipilih pada kali ini kerana ramai yang masih bertanya tentang hasil dari benih F2/G2.

Sejujurnya inilah proses yg saya rasa sukar bagi memenuhi pemintaan benih F2/G2 dewasa ini.

Pertama - Pemilihan Pokok Dari Baka F1/G1

Pokok yang di pilih adalah dari pokok induk baka F1/G1 yang berbuah 25 - 30 biji setandan.








Dalam setandan yang mengandungi 25-30 biji dibahagi kepada 2 gred iaitu dipanggil buah 10 (buah 1 - buah 10). Gred ini adalah buah bahagian atas yang terbaik, cepat bebuah (ikut petua). Benih ini di jual dengan harga RM 20.00. Manakala  bahagian bawah iaitu buah 15 - 30  dan dijual dengan harga RM 15.00.

Kedua - Penjagaan yang Sempurna

Setelah proses pemilihan benih dilakukan ianya kemudian di semai di tapak semaian. 

Proses siraman yang berjadual dilakukan agar benih sentiasa lembab dan proses pencambahan berlaku tanpa stress.

Ketiga - Pembajaan dan Kawalan Serangga Perosak

Setelah proses pencambahan benih berlaku pembajaan dilakukan bagi memasti benih tumbuh dengan subur.

Selain menjaga serangan serangga dengan melakukan semburan pada daun daun benih yg tumbuh.

Sunday 7 June 2015

MENJELAJAH PANTAI TIMUR 5

Assalammualaikum pengunjung blog saya. Salam ukhwah, selamat bertani diucapkan moga sukses selalu.

Aktiviti minggu ini penghantaran ke Pahang. Negeri yg cantik melahirkan ramai anak tani.

Setiba saya di tol temerloh alhamdulillah benih selesai diserahkan kepada En Atan. Kerja memindahkan benih memang meletihkan tapi seronok bertemu petani muda.





15 minit kemudian Eh Shahrul dari Jengka datang mengambil benih klon matag Thai dan klon kelapa Jeli. Alhamdulillah selesai penyerahan.




Seterusnya saya ke Maran, pahang berjumpa dengan En Zaidi. Penyerahan benih selesai diserahkan.




Akhir sekali serah kepada Pn Suraini dan suami juga di Maran, Pahang.






Kepada petani yg baru nak mulakan langkah saya doakan moga berjaya sampai kemuncak penghasilan. 3 tahun berlalu begitu pantas, jangan lupa jika ada sebarang masalah tanaman hubungi saya segera. Amin.


Monday 1 June 2015

AKTIVITI MINGGU NI - MELAWAT KEBUN KELAPA MATAG THAI

Salam kepada semua pengunjung blog Kelapa Matag.

Terima kasih.

Aktiviti minggu ni hantar benih kepada En Zul dari Banting, Selangor.



Juga kepada Saudara Amir di Kota Bharu, kelantan.

Selain itu saya sempat mengunjungi kebun Kelapa Matag Thai milik saudara En Fai di Johor Bharu.

Pokok usia 3 tahun. Di kacuk dengan 4 jenis klon kelapa




Rasanya memang unik

Memang sedap



Sunday 24 May 2015

MENJELAJAH PANTAI TIMUR 4

Assalammualaikum kepada peminat Kelapa Matag.

Alhamdulillah misi menghantar benih ke Kelantan telah selesai dan selamat, semuanya atas kehendak Allah.

Terimakasih kepada En Iwan di Felda Ciku 5, balik kari Perlis semata-mata nak tanam matag. Di sekeliling rumahnya ada pokok kelapa kg tapi semuanya telah di tempah utk bulan puasa. Amin. Sebab itu beliau ingin tanam kelapa menggantikan pokok buah-buahan.





Terimakasih juga pada En Suriman dari Ciku 3, mak tanam di Kuala Krai katanya. InsyaAllah... boleh aje. (maaf gambar x sempat nak ambil pulak)

Terimakasih juga pada En Harun dari Peringat, Kota Bharu yang mengusahakan tanaman rumput lanskap dan ternakan kambing biri-biri. Sesiapa yang berada di sekitar Kota Bharu bolehlah berhubung dengan beliau untuk Majlis Aqiqah atau majlis khawin.




Tidak lupa TQ pada En Suhardi dari Wakaf Che Yeh (tak sempat ambil gambar.

Seterusnya penghantaran ke Pasir Mas, Kelantan En Azman. Hantar terus kekebunnya, moga usaha beliau yang gigih akan membuahkan hasil. Amin.







Akhir sekali En Afiq dari Pasir Putih, Kelantan. (Nak cepat gambar lupa diambil).

Selamat Maju Jaya. Amin untuk semua.

Monday 18 May 2015

MISI HANTAR BENIH KE UTARA PART 2

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi misi menghantar benih ke utara selesai dilaksanakan. Benih-benih tersebut telah diserahkan kepada En Shahrin di Tol Bandar Baru sebelua di tanam di Kulim. Moga beliau berjaya menjadi petani yang berjaya.






Balik dari Kedah singgah di Merbau Sempah, Sg Buluh untuk menyerahkan benih kepada En Din. Alhamdulillah moga beliau juga berjaya.


Monday 11 May 2015

BENIH KLON MATAG THAI

Salam kepada peminat Benih Klon Matag Thai.

Benih dah masuk ke Malaysia sedang dalam semaian. InsyaAllah lagi sebulan sedia di pasarkan. Oleh kerana amat terhad siapa yg tempah dulu dia dapat.

Hubungi Halim 0162265710

BENIH BARU SAMPAI

Salam kepada semua peminat KM

Alhamdulillah benih-benih baru sampai semuanya telah ditempah.  Benih F1 amat sukar diperolehi. Kenapa baka jenis ini amat digemari oleh penanam kelapa matag????



Jawapannya: Dalam tempoh 2 setengah Baka F1 sudah mampu mengeluarkan mayang. Baja dan penjagaan yg baik adalah faktor utama.