Tuesday 30 December 2014

TAPAK SEMAIAN DI PT JAWA, MUAR, JOHOR BERMINAT HUBUNGI HALIM - 0162265710



Bekalan benih dari Jabatan Pertanian dan United Plantation yang saya perolehi di bekalkan oleh En Khairudin seorang yang berpengalaman dalam industri ini. Beliau bekas pekerja di Jabatan Pertanian Selangor dan masih mengusahakan pelbagai benih buah-buahan, kelapa matag, kelapa pandan dan pelbagai benih.

Setelah benih-benih diperolehi dari En Khairudin saya akan letakkan di Tapak Semaian Ahli Persatuan Peladang Kawasan Pt Penyengat (Pak Lamin).


Monday 29 December 2014

Thursday 25 December 2014

TINGGAL DI KL KEBUN DI MELAKA



En Jonet telah membeli benih untuk di tanam di kebunnya di Sempang Empat, Melaka. Walaupun beliau tinggal di KL namun semangat beliau yang kental sentiasa berulang alik untuk menguruskan tanaman kelapa matag.

Tuesday 16 December 2014

BELI BAKA G1


Alhamdulillah En Zamri dari Temerloh datang ke tapak semaian Setiawangsa untuk membeli benih dari baka G1.

Monday 3 November 2014

SEMANGAT BERTANI



En Usup dari Dungun, Terengganu walaupun sedang belayar di lautan biru namun beliau tetap membeli benih. Urusan penghantaran telah berjaya diserahkan kepada isterinya ini yang dikatakan SEMANGAT BERTANI. Moga En Usup terus berjaya.

Sunday 2 November 2014

MELANTIK AGEN PEMASARAN DI TANAH MERAH, KELANTAN



Dalam usaha mengembangkan lagi tanaman kelapa matag untuk negara saya telah melantik En Azwan dari Tanah Merah, Kelantan sebagai agen jualan untuk memasarkan benih kelapa matag Baka G1 dan F1.

Wednesday 29 October 2014

BERGAYA BERSAMA BENIH BAKA G1



Dari raut wajah tergambar keceriaan dan kegembiraan bila tempahan benih telah tersedia.  En Rosli dari Temerloh datang ke KL untuk mengambil sendiri benih dari baka G1. Moga terus berjaya dalam bidang pertanian ini.

Monday 27 October 2014

MENUNAIKAN HAJAT



Alhamdulillah dapat menunaikan hajat En Buyung dari Kuala Lumpur dan En Iqbal dari Banting, Selangor.  Dah lama beliau mencari baka F1 akhirnya berjaya mendapatkannya.

Saturday 25 October 2014

WASSAP MEMAINKAN PERANAN DALAM TUJUAN PROMOSI KELAPA MATAG




Telah terbukti wassap juga kini memudahkan pengurusan penjualan benih kelapa matag. En Iqbal dan ibunya datang ke tapak semaian untuk melihat keadaan benih yang saya perolehi dari Jabatan Pertanian.

Setelah menerima penerangan berhubung kualiti baka-baka ni beliau amat berpuashati dan terus membeli. Alhamdulillah rezeki dari Allah, mulanya niat untuk meninjau tapi terus membeli.

Thursday 9 October 2014

POS PUN BOLEH



Minat yang mendalam untuk menanam kelapa matag di halaman rumah telah mendorong Azreen dari Rantau Panjang, Kelantan untuk memiliki baka terbaik dan berkualiti. Alhamdulillah, semoga berjaya.

Wednesday 8 October 2014

DARI DUNGUN DATANG BERTANDANG



Alhamdulillah setelah berhubung melalui FB akhirnya En Azli dari Dungun, Terengganu datang ke tapak semaian sementara di Setiawangsa untuk membuat tempahan benih. Setelah berpuas hati dengan penerangan dan kualiti benih beliau telah membuat tempahan. InsyaAllah jika tiada halangan minggu depan saya akan hantar benih ke Dungun, Terengganu.

Monday 22 September 2014

NAK CUBA TANAM



Alhamdulillah En Anuar, nak cuba-cuba tanam katanya.... tanah tak ada. Yang adapon sekangkang kera. Tak apa yang penting tanam dulu baru tahu.

Friday 19 September 2014

TANAM DIHALAMAN RUMAH



Alhamdulillah En Zaini dari Melaka datang di tapak semaian di Pt Jawa, Muar. Beliau ambil benih Baka G1 tinggi 4 kaki dengan harga RM 30 sepokok.  Katanya nak di tanam di halaman rumahnya di Melaka.

Tuesday 16 September 2014

SELAMAT DATANG EN RUHI



Hari ini En Ruhi dari Bidur Perak datang membeli kelapa matag untuk di tanam di tanahnya seluas 2 ekar.

Friday 29 August 2014

EN SAFUDIN DATANG DARI SABAK BERNAM



En Safudin dan isteri datang mengambil benih, beliau datang dari Sabak Bernam, Selangor.

Monday 11 August 2014

DATANG MEMBELI BENIH



Mr Chan dari Kuala Lumpur datang membeli kelapa matag Baka F1. Beliau akan menanam kelapa matag di ladangnya di Rawang.

Thursday 10 July 2014

DATANG KETAPAK SEMAIAN SEMENTARA DI KL



Mr Tay datang ke tapak semaian sementara di Setiawangsa. Beliau melihat benih-benih kelapa matag serta berkongsi pandangan. Beliau merancang untuk menanam kelapa matag di tanahnya di Pahang seluas 16 ekar.  InsyaAllah moga ianya berjalan lancar.

Saturday 1 March 2014

KELAPA KU TANAM DAH KELUAR MAYANG



Genap 2 tahun 3 bulan mayang pertama keluar dari pelepah kelapa matag ku. Alhamdulillah.......

Wednesday 12 February 2014

MEMBERI KHIDMAT PENGHANTARAN BENIH



Memberi perkhidmatan menghantar benih kelapa matag kepada En Jafri di Pekan, Pahang. Moga beliau terus maju dalam tanaman ini.