Thursday 26 February 2015

PENYAKIT MENYERANG DAUN KELAPA


Assalammualaikum semua..... semalam saya dihubungi oleh pembeli benih kelapa matag dari Pasir Putih iaitu Dr Rafizi. Permasalahan beliau ialah serangan serangga pada daun kelapa seperti gambar di bawah:



Penerangan:

Penyakit yang menyerang daun antaranya Penyakit Antraknos yang disebabkan oleh Melanconium, Bortyodiploida dan Glomerala. Apabila diserang daun akan berbintik-bintik perang dikelilingi kuning. Serangan selalunya ketika usia setahun kebawah.

Cara mengatasi:

Cara mudah ialah dengan larutkan garam kemudian spray pada daun yang bermasalah.

Cara kedua ialah dengan membeli racun serangga perosak daun dan spray.

Tuesday 24 February 2015

BAKA KELAPA MATAG THAILAND


Setelah berpuashati dengan penjelasan benih klon Matag Thailand oleh sumber Mr Fai barulah saya faham dan bersedia untuk membekalkan Benih Matag Thai. Baka ini telah diupgred dari segi genetik ketebalan isi dan kemanisan air melalui teknologi sains. 
Keistimewaan Bakanya adalah seperti berikut:

Pokok Matag Thai (Di Thailand dikenali sebagai Kelapa Santan)

*   3 tahun telah mengeluarkan hasil jika dijaga dengan sempurna.
*   Buahnya 15-20 biji setandan dan boleh mencapai 30 biji/tahun.
*   Harga buah borong rm 2.00 (harga tolak), harga jual rm 5 - 9 sebiji.
*   Buah hanya berwarna hijau.


*   Airnya lebih manis

*    Isinya yang lebih tebal dan santannya banyak

*    Benih Matag Thai




PERKEMASKAN PAGAR SEBELUM MENANAM KELAPA MATAG


Seperti yang saya beritahu setiap kali pembeli datang membeli kelapa matag saya nasihatkan siapkan pagar terlebih dahulu kerana musuh kita ni........


tidak berperikemanusiaan. Jika pagar tembus seekor pun boleh merosakkan 5 pokok benih kelapa matag ini berdasarkan pengalaman saya. Mangsa En Jonet juga mengalami nasib yang sama. Dalam hal ini ujian datang dari Allah.... kita kena bersabar.

PERKEMBANGAN DARI LADANG EN RUHI PERAK


Alhamdulillah laporan terkini dari ladang En Ruhi di Perak. Nampaknya pokok-pokok kelapa matag beliau sedang cantik membesar.






Monday 23 February 2015

KHIDMAT NASIHAT


Hari Ahad pagi yang lepas buat penghantaran benih kepada En Md Noor di Tg Agas, Muar, Johor.  Beliau bekas pekerja hotel dan kini telah berhenti untuk memulakan projek kelapa matag. 



Oleh kerana masih baru dalam tanaman kelapa matag saya memberi sepenuh kerjasama dalam memberi nasihat cara-cara menanam, jarak antara pokok, musuh tanaman, sehinggalah pemasaran. InsyaAllah khidmat nasihat yang diberi akan berterusan sehingga pokok berbuah dan mendatangkan hasil.








Thursday 19 February 2015

BERDIKARI KETIKA USIA MUDA

Tahniah adik Nazim dari Rantau, Neg 9. Walaupun usia muda tapi mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menceburi diri dlm tanaman kelapa matag.

Monday 16 February 2015

KHIDMAT NASIHAT DIBERI



InsyaAllah.... Sebagai pembekal kami di Pusat Semaian Ahli Peladang Kawasan Pt Penyengat sedia memberikan khidmat nasihat secara percuma sehingga pokok berbuah kepada sesiapa yang membeli benih dari kami. Khidmat yang diberikan adalah berkaitan faktor-faktor tanah yang sesuai ditanam dengan kelapa matag. Selain itu anggaran keluasan tanah untuk ditanam dengan kelapa matag.

Sunday 15 February 2015

CUACA PANAS - PASANG TEDUHAN





Salam semua..... keadaan cuaca yang panas di kampung membuatkan saya terpaksa memasang teduhan agar dapat mengurangkan kepanasan sinaran matahari.