Sunday 24 May 2015

MENJELAJAH PANTAI TIMUR 4

Assalammualaikum kepada peminat Kelapa Matag.

Alhamdulillah misi menghantar benih ke Kelantan telah selesai dan selamat, semuanya atas kehendak Allah.

Terimakasih kepada En Iwan di Felda Ciku 5, balik kari Perlis semata-mata nak tanam matag. Di sekeliling rumahnya ada pokok kelapa kg tapi semuanya telah di tempah utk bulan puasa. Amin. Sebab itu beliau ingin tanam kelapa menggantikan pokok buah-buahan.





Terimakasih juga pada En Suriman dari Ciku 3, mak tanam di Kuala Krai katanya. InsyaAllah... boleh aje. (maaf gambar x sempat nak ambil pulak)

Terimakasih juga pada En Harun dari Peringat, Kota Bharu yang mengusahakan tanaman rumput lanskap dan ternakan kambing biri-biri. Sesiapa yang berada di sekitar Kota Bharu bolehlah berhubung dengan beliau untuk Majlis Aqiqah atau majlis khawin.




Tidak lupa TQ pada En Suhardi dari Wakaf Che Yeh (tak sempat ambil gambar.

Seterusnya penghantaran ke Pasir Mas, Kelantan En Azman. Hantar terus kekebunnya, moga usaha beliau yang gigih akan membuahkan hasil. Amin.







Akhir sekali En Afiq dari Pasir Putih, Kelantan. (Nak cepat gambar lupa diambil).

Selamat Maju Jaya. Amin untuk semua.

Monday 18 May 2015

MISI HANTAR BENIH KE UTARA PART 2

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi misi menghantar benih ke utara selesai dilaksanakan. Benih-benih tersebut telah diserahkan kepada En Shahrin di Tol Bandar Baru sebelua di tanam di Kulim. Moga beliau berjaya menjadi petani yang berjaya.






Balik dari Kedah singgah di Merbau Sempah, Sg Buluh untuk menyerahkan benih kepada En Din. Alhamdulillah moga beliau juga berjaya.


Monday 11 May 2015

BENIH KLON MATAG THAI

Salam kepada peminat Benih Klon Matag Thai.

Benih dah masuk ke Malaysia sedang dalam semaian. InsyaAllah lagi sebulan sedia di pasarkan. Oleh kerana amat terhad siapa yg tempah dulu dia dapat.

Hubungi Halim 0162265710

BENIH BARU SAMPAI

Salam kepada semua peminat KM

Alhamdulillah benih-benih baru sampai semuanya telah ditempah.  Benih F1 amat sukar diperolehi. Kenapa baka jenis ini amat digemari oleh penanam kelapa matag????



Jawapannya: Dalam tempoh 2 setengah Baka F1 sudah mampu mengeluarkan mayang. Baja dan penjagaan yg baik adalah faktor utama.


Tuesday 5 May 2015

MENJELAJAH PANTAI TIMUR 3

Salam kepada peminat kelapa matag.

Alhamdulillah syukur tak terhingga pada Allah Yang Maha Berkuasa diatas segala galanya. 

Misi hantar benih ke pantai timur telah selesai.

Penghantaran kali ini di mulai oleh En Man di Ketereh.



Kemudian En Iffat di Pasir Mas.

Disusuli kepada En Taha juga di Pasir Mas.

Seterusnya En Klin seorg berbangsa Thai dari Tumpat.

En Charlie juga dari Tumpat.

Kemudian hantar kepada En Rosdi di Bachok

Dan terakhir En Zul juga di Bachok, Kelantan.

Kepada penanam saya suka mengingatkan sentiasa menghubungi saya utk khidmat nasihat secara percuma. Saya nak dlm tempuh 3 tahun pokok dah berputik sebagaimana pokok yg saya tanam. InsyaAllah. Amin.