Tuesday 9 June 2015

KESUKARAN MENGHASILKAN BENIH F2/G2 TERBAIK DAN BERKUALITI

Assalammualaikum pengunjung blog Kelapa Matag.

Kesukaran Menghasil Benih F2/G2 Terbaik dan Berkualiti.

Tajuk ini dipilih pada kali ini kerana ramai yang masih bertanya tentang hasil dari benih F2/G2.

Sejujurnya inilah proses yg saya rasa sukar bagi memenuhi pemintaan benih F2/G2 dewasa ini.

Pertama - Pemilihan Pokok Dari Baka F1/G1

Pokok yang di pilih adalah dari pokok induk baka F1/G1 yang berbuah 25 - 30 biji setandan.








Dalam setandan yang mengandungi 25-30 biji dibahagi kepada 2 gred iaitu dipanggil buah 10 (buah 1 - buah 10). Gred ini adalah buah bahagian atas yang terbaik, cepat bebuah (ikut petua). Benih ini di jual dengan harga RM 20.00. Manakala  bahagian bawah iaitu buah 15 - 30  dan dijual dengan harga RM 15.00.

Kedua - Penjagaan yang Sempurna

Setelah proses pemilihan benih dilakukan ianya kemudian di semai di tapak semaian. 

Proses siraman yang berjadual dilakukan agar benih sentiasa lembab dan proses pencambahan berlaku tanpa stress.

Ketiga - Pembajaan dan Kawalan Serangga Perosak

Setelah proses pencambahan benih berlaku pembajaan dilakukan bagi memasti benih tumbuh dengan subur.

Selain menjaga serangan serangga dengan melakukan semburan pada daun daun benih yg tumbuh.

No comments:

Post a Comment