Monday, 30 March 2015

MENJELAJAH PANTAI TIMUR

Assalammualaikum sahabat blog dan pecinta KM.

Aktiviti minggu ini macam biasa menjelajah pantai timur.

27/3/15 - 2300: Balik Kg Muar untuk ambil benih-benih matag.

28/3/15 - 0515: Hantar benih ke Alor Gajah, Melaka.

0710: Serah benih kelapa matag dan buluh madu kepada En Zizan

0730: Bergerak ke Felda Cemomoi, Pahang.

1230: Sampai dan serah benih kepada En Nizam.





1245: Bergerak ke Kuala Terengganu, Tgnu.

1615: Selamat sampai dan serah pada En Md Shah.

1630: Bergerak ke Jerteh, Terengganu.

1810:  Serah benih pada En Darhan.

1830: Bergerak ke Tanah Merah, Kelantan.

 2000: Selamat sampai dan serah pada En Rimzi.

  Sempat bersembang dengan ibu beliau, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Beliau pengidap kancer dan doktor mengesahkan hanya hidup 3 bulan sahaja. Atas usaha dan ikhtiar anaknya yang belajar di Mesir serta usaha ibu tersebut dengan membaca Al Quran, ketika sakit tanpa berputus asa akhirnya ..... bersyukur. 3 tahun telah berlalu, itulah rahsia kalimah Allah.

 2030: Bergerak ke Ketereh, Kelantan.

 2210: Selamat sampai dan serah kepada ibu En Mizan, kerana En Mizan bekerja di Putrajaya.

2230: Bergerak ke Kota Bharu, Kelantan.

2300: Alhamdulillah benih terakhir selamat Sampai kepada En Zahid.

Oleh kerana badan terlalu letih dan misi hantar bernih telah selesai saya ambil keputusan untuk tidur di Hotel KB. Rehatkan badan.

Hari Ahad saya bershopping dulu sblm bergerak balik.

               

Tuesday, 24 March 2015

SERANGAN KERA 40 EKOR MUSNAHKAN 100 POKOK KELAPA MATAG

Assalammualaikum sahabat KM

KUALA PILAH 23 Mac 2015.  Berita sedih saya terima awal pagi ini. Nasib malang menimpa En Abd Hadi dari Kuala Pilah apabila 40 kera yang mendatang ke kawasan tersebut telah memusnah semua benih kelapa matag yang baru di tanam.


Pagi ini yang kelihatan hanya sisi-sisanya sahaja. Namun beliau reda di atas takdir dari Allah.  Segala-galanya adalah ujian yang terpaksa ditempuhi oleh seorang penanam kelapa matag. Innalilahiwainnalilahi rojion. Kumpulan tersebut kini berada disekitar Kuala Pilah. Kepada mereka yang ada menanam kelapa dikawasan tersebut diminta berwaspada atau memasang jaring disekeliling anak pokok kelapa.








Beliau beli benih terbaik dari saya.pada 1/3/15. Kita sama-sama doakan agar beliau tabah menghadapi ujian ini.

Sunday, 22 March 2015

BAKA F2/G2 BOLEH IKUT KETULENAN BAKA F1/G1 KE??????

Assalammualaikum peminat setia KM.

Ramai yang call bertanyakan boleh ke saya tanam baka F2/G2 ni sebab takutlah nanti dia tak ikut baka asal, rugi saya.

Persoalan ini selalunya di timbulkan oleh mereka-mereka yang telah didedahkan dengan maklumat baka.  Pertanian menggalakkan petani menanam baka tulen tetapi baka tulen sangat sukar diperolehi.




Baka F1/G1 yang ditanam oleh bilal Zamri di Pt Jawa hasilnya tetap lumayan. Usia 5 tahun.

Oleh sebab yang demikian petani perlu mencari altenatif lain dengan menanam baka F2/G2. Persoalannya boleh ke?????

Jawapan hasil kajian saya sendiri.

Benih yang dihasil dari buah baka tulen atau generasi ke 2 hanya 60 - 80% akan ikut ketulenan asal.

Contohnya seperti saya untuk menghasilkan baka F2/G2 saya perlu memperolehi benih dari pokok yg telah berusia 10 tahun ke atas dan setiap tandan ada 30 biji.

Cara kiraannya:

Jika 30 biji dari setiap tandan 60% ketulenannya dari segi buah iaitu 60% dari 30 biji iaitu lebih kurang 20 biji banyak hasil yg bakal kita perolehi.  Jika 80% dari 30 biji iaitu lebih kurang 25 biji hasil yg bakal kita perolehi.  20 - 25 biji itu dah dikira OK... bila kita jual buahnya org tak akan tanya kelapa matag tulen atau tidak. Bila dijual harganya tetap sama.

Persoalannya saya cerita baka yg saya ambil untuk buat benih adalah dari pokok yang mempunyai 30 biji setandan. Apa akan terjadi jika pokok yang dijadikan benih hanya mempunyai 20 biji kebawah atau 10 biji setandan??? Tentulah memberi kesan pada hasil.

Bagaimana pula biji benih dari generasi ke 3, sudah pasti hasilnya amat mengeciwakan.

Nasihat saya untuk mengelakkan dari terkeciwa dikemudian hari, pasti punca benih tersebut.

AKTIVITI MINGGU INI DI KEBUN

Assalammualaikum kepada pecinta KM.

Minggu ni saya cuma memantau di kebun yang sedang rancak memecahkan seludang, menghasilkan aroma debunga memikat lebah-lebah datang merebahkan diri.  Tersingkapnya seludang telah memperlihatkan putik-putik buah kelapa yg masih muda yang sentiasa tersenyum pada matahari dan pohonnya sentiasa berzikir pada Allah.






Selain dari memerhati dan menghayati ciptaan Allah ini saya juga mengasapkan pokok-pokok yang sedang berputik.  Seronok gak dok perhatikan lebah-lebah yang tak kenal erti putus asa. Sekali kena asap di terbang kemudian datang lagi utk terus hidup, terus berusaha dan terus menghisap manisan dicelah debunga.



DATANG MEMBELI BENIH BAKA F1


Assalammualaikum kepada pencinta kelapa matag.  Alhamdulillah kepada mereka yang yakin pada benih F1/G1 yang di bekalkan oleh En Khairudin (En Dis bekas Peg Jab Pertanian Selangor).


En Ardi datang bersama isteri

Terimakasih diucapkan kepada En Ardi yang datang dari Banting, Selangor.  Kaka Rohani yang datang dari Jasin, Melaka dan En Hafiz dari Gombak, Selangor.

Peringatan:

Cara tanam seperti yang telah diajar
Pembajaan setahun 3/4 kali
Diselang dengan garam

Tuesday, 17 March 2015

SEMULAJADI ATAU PETUA : PATAH DAHAN/TANDAN

Assalammualaikum kepada pecinta Kelapa Matag. Hari ni saya nak bercerita punca dahan/tandan adalah semulajadi atau ada kaitan dengan petua.


Sepanjang menjelajah satu Malaysia untuk menghantar benih apabila diamati didapati banyak pokok kelapa yang di tanam tandan/dahannya patah. Akibatnya buah kelapa yang banyak menjadi layu..... berguguran.... bertaburan di pangkal pokok kelapa. Tidak langsung boleh diguna, siapa yang rugi..???? mereka adalah penanam-penanam kelapa.

Punca??? Jawapan yang paling mudah ialah semuanya kuasa Allah.

Apakah ikhtiar kita??? ada tak cara nak mengatasi ???

Jawapannya.....

Berdasarkan pengalaman dijemput oleh penanam untuk melawat kebun pokok kelapa matag. Bila di tanya rata-rata pokok yang banyak patah tandan/dahan tidak mengamalkan petua cara menanam kelapa.

Saya sendiri pon tak pasti..... cuma saya nasihatkan tanamlah dengan cara yang betul sebagaimana yang telah saya ajar kerana yang boleh mengubah pokok menjadi baik dan berkualiti adalah dengan berdoa kepada Allah yang Maha Kuasa.

Moga dapat sedikit pengajaran dari pengalaman saya ini.

Amin.

Monday, 16 March 2015

PETUA : MENGASAPKAN POKOK KELAPA

Assalammualaikum..... berjumpa kita kembali.

Hari ini saya nak cerita pasal mengasapkan pokok kelapa. Sebab pokok kelapa saya banyak putiknya dan sukar nak lekat. Selain dari itu banyak semut dan serangga tinggal kat pokok kelapa.  Selain semburan racun.... petua kena pakai juga.

Kenapa?????

Pokok yang selalu diasap juga selain rajin berbuah, semut juga tidak suka 'berumah' di pokok tersebut.  Pernah satu ketika pokok rambutan ini dihuni oleh semut liar yang banyak, dari batang, dahan hingga ke buah di kerumuni semut liar berwarna hitam. Ada petua orang tua-tua yang boleh diguna pakai menyuruh mengasapkan pokok itu, bakar sampah d bawahnya selalu. 


Hehehe ini bukan asap jin ya.........

Saya dah lakukan, Alhamdulillah. Sekarang tiada lagi semut di atas pokok ini.

Saturday, 14 March 2015

KELAPA MATAG F 1 : LEBIH YAKIN DENGAN BENIH YANG DI BEKALKAN OLEH EN KHAIRUDIN (BEKAS PEG DARI JAB PETANIAN SEL)

Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi nikmatnya dan rahmat pada setiap nafas yang dihembus dan setiap nafas yang di sedut.

Dengan itu kita yakin bahawa Allah itu Wujud.

Macam saya ni....bila orang tanya??? macam mana nak yakin dan percaya pada En Din walaupun dia bekas peg Jab Pertanian sebelum saya membekalkan baka-baka tulen Kelapa Matag ini.

Senang aje...... saya tanam sendiri, jawapan yang mudah. Orang cakap pokok Kelapa Matag ni 3 1/2 hingga 4 tahun dah berbuah. Tapi kelapa matag yang dibekalkan oleh En Din setelah ditanam 3 tahun dah keluarkan hasil.  Ada yg sepokok tu terlebih manja 2 tahun 3 bulan dah keluar mayang.


 Putiknya 30 biji
 Putiknya 25 biji
Yang ini paling banyak 41 biji

Wah... ini dah kira baik punya.... Alhamdulillah, setiap yg baik kita kena bersyukur pada Allah.  Tak yakin lagi ke saya, mestilah saya yakin.

Orang tanya lagi.... apa yang membuatkan anda bertambah yakin ????

Hahahaha... jap ya... saya pon belahlah kelapanya. Kelapa yg saya cakap dia keluarkan mayang pada usia 2 tahun 3 bulan.


Nak tahu apa yang meyakinkan saya??????

Pertama, Airnya sedap diminum.... sungguh lazat.
Kedua, isinya tebal.
Ketiga, saya ukur dengan kuku saya. SubhannAllah tebalnya. Kalah kelapa kampung.
Keempat, Putiknya pon banyak
Kelima, sabutnya nipis iaitu kurang 1 inci



Maka saya bertambah-tambah yakin dengan benih yang dibekalkan oleh En Din. Baka Kelapa Matag Tulin Gred F1/G1.

Moga pengalaman ini sungguh bererti buat saya dan moga Allah bersama-sama saya mengembangkan Kelapa Matag untuk keperluan negara, Amin.

DUA ORANG BERNAMA ZUL


Assalammualaikum sahabat peminat Kelapa Matag semua. Apa khabar semua. Alhamdulillah harap semuanya sihat dan memperolehi rezeki dari Allah.

Aktiviti minggu ni tak banyak cuma berhadapan dengan 2 org Zul.....hehehehe zul dari Banting, Klang dan Zul dari Pulau Indah, Klang. Apapun tahniah dan selamat menanam.  Jika ada sebarang permasalahan terus berhubung dengan saya ya. InsyaAllah akan saya turunkan ilmu apa yang ada.


Terimakasih En Zul dari Banting


Terimakasih En Zul dan rakan dari Pulau Indah, Klang


Pembajaan

Tarikh Tanam:  Mac 15
Tarikh Baja NPK: Apr 100g/segengam
                              : Jul  200g/2 genggam
                              : Okt 300g/3 genggam
                              : Jan 400g/4 genggam
Jarak baja : Rujuk penerangan semasa beli benih.

Ini adalah utk tahun pertama. Jadual pembajaan tahun kedua saya akan beri pada tahun hadapan. InsyaAllah.

Wednesday, 11 March 2015

KELAPA MATAG THAI MENGGUNAKAN BAJA CECAIR V8




RAHSIA BAJA CECAIR V8

Perbezaan yang ketara apabila menggunakan baja cecair ini.  Di bawah ini adalah pokok Kelapa Matag Thai yang di tanam di Malaysia.

Perbezaan yang amat ketara apabila benih ini di baja dengan menggunakan baja cecair V8 yang disembur pada daun dan batang di peringkat tumbesaran sehinggalah pokok berputik.  Hasilnya lihatlah sendiri.

Kelapa Matag Thai (Menggunakan baja cecair V8)


Kelapa Jeli Thai (Menggunakan baja cecair V8)

Tuesday, 10 March 2015

TAHNIAH MENYAHUT SERUAN KERAJAAN


Dalam usaha menyahut seruan kerajaan, tahniah diucapkan kepada En Abdul Hadi kerana menfaatkan tanah miliknya dengan tanaman Kelapa Matag.




Tarikh Tanam : Mac 2015

Tarikh Baja Organik/NPK:  4 x setahun (Apr, Jul, Okt, Jan)

Tarikh Baja Garam:  4 x setahun (Mei, Ogos, Nov, Feb)

Selamat bertani

KELAPA NEGARA TIDAK MENCUKUPI

3,000 hektar tanah diperlukan tanam pokok kelapa


Setakat ini pengeluaran di dalam negara adalah sebanyak 539 juta biji buah kelapa setahun berbanding keperluan sebenar, 611 juta biji.

Kekurangan bekalan buah kelapa sebanyak 72 juta biji ini menyebabkan kita terpaksa mengimport bekalan tersebut dari negara luar khususnya dari Indonesia.

Kerajaan sentiasa memberi galakan kepada petani dalam program penanaman pokok kelapa kerana potensinya masih tinggi selain harga untuk komoditi itu yang stabil dan tidak akan jatuh mendadak.

Monday, 9 March 2015

REKOD TEMPAHAN KELAPA JELI


Alhamdulillah, Syukur pada Allah yang Maha Kuasa. Setelah 24 Jam dipostkan di dalam FB. Tempahan telah mencapai 170 pokok. Hanya tinggal 30 pokok sahaja sekarang.  Siapa cepat dia dapat.


Sunday, 8 March 2015

TAK SAMPAI 24 JAM MASUK FB DAH ADA 1700 ORANG YANG TENGOK POST KELAPA JELI


Alhamdulillah dan terimakasih saya ucapkan kepada rakan FB kerana melihat post Kelapa Jeli.  Walau bagaimana pon untuk menghasilkan buah sebanyak ini beberapa peraturan perlu di ikut. Dari segi pembajaan di negara jiran menggunakan baja cecair. InsyaAllah baja cecair nanti saya akan ceritakan lebih lanjut lagi.


Tuesday, 3 March 2015

SELAMAT MENANAM DAN MAJU JAYA


Terimakasih kepada En Abd Hadi dan anaknya Hafiz, walau pun tinggal di KL beliau mengusahakan tanaman kelapa matag di kebunnya di Kuala Pilah.

Pagi-pagi lagi dah datang ke tapak semaian di Muar untuk mengambil benih.

Benih dah sampai di Kuala Pilah ..... esok dah boleh memulakan tanaman.

Peringatan:

1.   Cara buat lubang
2.   Cara mengangkat pokok
3.   Cara memasukan benih dalam lubang
4.   Cara kambus lubang
5.   Pastikan buah separuh aje.....

Sebarang pertanyaan dan kemuskilan terus hubungi saya 0162265710 halim.

Khidmat nasihat percuma sehingga pokok berbuah jika mengambil benih dari kami.

Sunday, 1 March 2015

AKTIVITI HANTAR BENIH 2 HARI 1 MALAM

Sesungguhnya perjalanan ini terlalu panjang dan memenatkan. Namun berbekalkan tulang empat kerat pinjaman dari Allah aku gagahkan jua perjalan penghantaran benih ini.  Jam 3 pagi dengan lafaz Bismillah aku memulakan perjalanan ke Terengganu. Jam 4.30 pagi aku sampai di perhentian Gambang, berehat dan tidur seketika. Setelah solat subuh jam 6.30 aku menyambung perjalanan. Destinasi yang dituju ialah Kuala Dungun.  Jam 9.15 aku dah sampai di Kg Jambu Bongkok. Sementara menunggu En Amir aku bersarapan di situ iaitu Gerai Roti Nan Kari Kambing (famous). Jam 10.15 aku hantar benih kelapa matag kepada beliau di rumah bapanya. Alhamdulillah misi pertama selesai.




Setelah memberi penerangan berkenaan penjagaan dan menanam jam 10.30 aku meneruskan penghantaran kedua iaitu di Ajil. Jam 11.45 benih kelapa matag dan buluh madu selamat diserahkan kepada En Shahrul.  Beliau ingin menanam di sekitar kolam ikan beliau. Alhamdulillah misi kedua selesai.


Penyerahan seterusnya adalah ke Kg Gong Sentul, Kuala Terengganu.  Jam 12.00 aku meneruskan perjalanan dan lebih kurang jam 1.15 tengahari aku sampai didestinasi. Alhamdulillah En Mat Ju terima benih kelapa matag.


Jam 2.45 setelah solat (jamak) aku meneruskan perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan.  Jam 5.10 aku selamat tiba di Pasir Mas dan selamat menyerahkan benih kelapa matag kepada En Mie. Syukur pada Allah yg memberi perlindungan dalam perjalanan ini.


Penghantaran di teruskan ke Pangkalan Kubur, Kelantan. Jan 6.20 jumpa En Wan di sana. Menyerahkan kelapa matag dan membeli kelapa pandan wangi Thai dari beliau.

Perjalanan seterusnya adalah ke Kubang Kerian untuk menyerahkan benih buluh madu Taiwan kepada En Azman. Jam 7.45 malam misi ke Kelantan selesai. Alhamdulillah.

Seterusnya adalah untuk menyelesaikan satu lagi pengkantaran ke Bt Pahat, Johor. Jam 8.00 malam aku bergerak pulang ke Muar, Johor untuk mengambil benih dan menghantarnya kepada En Romi di Bt Pahat.

Memang terasa letih dan penat, namun atas rasa tanggungjawab aku gagahkan jua dengan keringat pinjaman dari Allah.  Alhamdulillah syukur pada Allah perjalanan tanpa halangan jam 11.45 pagi penghantaran terakhir berjaya diselesaikan.