Monday, 30 March 2015

MENJELAJAH PANTAI TIMUR

Assalammualaikum sahabat blog dan pecinta KM.

Aktiviti minggu ini macam biasa menjelajah pantai timur.

27/3/15 - 2300: Balik Kg Muar untuk ambil benih-benih matag.

28/3/15 - 0515: Hantar benih ke Alor Gajah, Melaka.

0710: Serah benih kelapa matag dan buluh madu kepada En Zizan

0730: Bergerak ke Felda Cemomoi, Pahang.

1230: Sampai dan serah benih kepada En Nizam.





1245: Bergerak ke Kuala Terengganu, Tgnu.

1615: Selamat sampai dan serah pada En Md Shah.

1630: Bergerak ke Jerteh, Terengganu.

1810:  Serah benih pada En Darhan.

1830: Bergerak ke Tanah Merah, Kelantan.

 2000: Selamat sampai dan serah pada En Rimzi.

  Sempat bersembang dengan ibu beliau, satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Beliau pengidap kancer dan doktor mengesahkan hanya hidup 3 bulan sahaja. Atas usaha dan ikhtiar anaknya yang belajar di Mesir serta usaha ibu tersebut dengan membaca Al Quran, ketika sakit tanpa berputus asa akhirnya ..... bersyukur. 3 tahun telah berlalu, itulah rahsia kalimah Allah.

 2030: Bergerak ke Ketereh, Kelantan.

 2210: Selamat sampai dan serah kepada ibu En Mizan, kerana En Mizan bekerja di Putrajaya.

2230: Bergerak ke Kota Bharu, Kelantan.

2300: Alhamdulillah benih terakhir selamat Sampai kepada En Zahid.

Oleh kerana badan terlalu letih dan misi hantar bernih telah selesai saya ambil keputusan untuk tidur di Hotel KB. Rehatkan badan.

Hari Ahad saya bershopping dulu sblm bergerak balik.

               

No comments:

Post a Comment