Sunday, 22 March 2015

BAKA F2/G2 BOLEH IKUT KETULENAN BAKA F1/G1 KE??????

Assalammualaikum peminat setia KM.

Ramai yang call bertanyakan boleh ke saya tanam baka F2/G2 ni sebab takutlah nanti dia tak ikut baka asal, rugi saya.

Persoalan ini selalunya di timbulkan oleh mereka-mereka yang telah didedahkan dengan maklumat baka.  Pertanian menggalakkan petani menanam baka tulen tetapi baka tulen sangat sukar diperolehi.




Baka F1/G1 yang ditanam oleh bilal Zamri di Pt Jawa hasilnya tetap lumayan. Usia 5 tahun.

Oleh sebab yang demikian petani perlu mencari altenatif lain dengan menanam baka F2/G2. Persoalannya boleh ke?????

Jawapan hasil kajian saya sendiri.

Benih yang dihasil dari buah baka tulen atau generasi ke 2 hanya 60 - 80% akan ikut ketulenan asal.

Contohnya seperti saya untuk menghasilkan baka F2/G2 saya perlu memperolehi benih dari pokok yg telah berusia 10 tahun ke atas dan setiap tandan ada 30 biji.

Cara kiraannya:

Jika 30 biji dari setiap tandan 60% ketulenannya dari segi buah iaitu 60% dari 30 biji iaitu lebih kurang 20 biji banyak hasil yg bakal kita perolehi.  Jika 80% dari 30 biji iaitu lebih kurang 25 biji hasil yg bakal kita perolehi.  20 - 25 biji itu dah dikira OK... bila kita jual buahnya org tak akan tanya kelapa matag tulen atau tidak. Bila dijual harganya tetap sama.

Persoalannya saya cerita baka yg saya ambil untuk buat benih adalah dari pokok yang mempunyai 30 biji setandan. Apa akan terjadi jika pokok yang dijadikan benih hanya mempunyai 20 biji kebawah atau 10 biji setandan??? Tentulah memberi kesan pada hasil.

Bagaimana pula biji benih dari generasi ke 3, sudah pasti hasilnya amat mengeciwakan.

Nasihat saya untuk mengelakkan dari terkeciwa dikemudian hari, pasti punca benih tersebut.

1 comment:

  1. Maaf..ini fakta yang salah. Penanaman generasi F2 memang tidak akan serupa dengan hasil sekiranyanya menanam F1 matag kerana mengikut hukum Mendelian nisbah F2 akan menjadi 1:2:1 bagi setiap gene atau lokus. Setiap lokus mempunyai segregasi yang berlainan. Interaksi setiap lokus atau gene ini yang mempengaruhi ciri fizikal pokok F2. Sekiranya bernasib baik, akan dapat pokok yang hampir sama dengan MATAG. Tapi agak mustahil untuk mendapat pokok yang exactly sama seperti MATAG. Manakala segregasi MATAG adalah nisbah 1:1 yang mana 1 alel datang dari tagnanan dan 1 lagi alele dtg dari MYD/MRD. Dan nisbah ini akan konsisten sekiranya induknya tulen. Jadi Nasihat untuk sesiapa yang ingin menanam MATAG, mohon dapatkan benih daripada pengeluar SAH seperti united plantation ataupun Jabatan Pertanian. Mohon dapatkan khidmat nasihat darpd jabatan pertanian kerana tanaman kelapa ini mengambil masa bertahun-tahun untuk dilihat hasilnya. adalah rugi kiranya kita menanam benih yang salah dari perigkat awal

    ReplyDelete