Sunday, 1 March 2015

AKTIVITI HANTAR BENIH 2 HARI 1 MALAM

Sesungguhnya perjalanan ini terlalu panjang dan memenatkan. Namun berbekalkan tulang empat kerat pinjaman dari Allah aku gagahkan jua perjalan penghantaran benih ini.  Jam 3 pagi dengan lafaz Bismillah aku memulakan perjalanan ke Terengganu. Jam 4.30 pagi aku sampai di perhentian Gambang, berehat dan tidur seketika. Setelah solat subuh jam 6.30 aku menyambung perjalanan. Destinasi yang dituju ialah Kuala Dungun.  Jam 9.15 aku dah sampai di Kg Jambu Bongkok. Sementara menunggu En Amir aku bersarapan di situ iaitu Gerai Roti Nan Kari Kambing (famous). Jam 10.15 aku hantar benih kelapa matag kepada beliau di rumah bapanya. Alhamdulillah misi pertama selesai.




Setelah memberi penerangan berkenaan penjagaan dan menanam jam 10.30 aku meneruskan penghantaran kedua iaitu di Ajil. Jam 11.45 benih kelapa matag dan buluh madu selamat diserahkan kepada En Shahrul.  Beliau ingin menanam di sekitar kolam ikan beliau. Alhamdulillah misi kedua selesai.


Penyerahan seterusnya adalah ke Kg Gong Sentul, Kuala Terengganu.  Jam 12.00 aku meneruskan perjalanan dan lebih kurang jam 1.15 tengahari aku sampai didestinasi. Alhamdulillah En Mat Ju terima benih kelapa matag.


Jam 2.45 setelah solat (jamak) aku meneruskan perjalanan ke Pasir Mas, Kelantan.  Jam 5.10 aku selamat tiba di Pasir Mas dan selamat menyerahkan benih kelapa matag kepada En Mie. Syukur pada Allah yg memberi perlindungan dalam perjalanan ini.


Penghantaran di teruskan ke Pangkalan Kubur, Kelantan. Jan 6.20 jumpa En Wan di sana. Menyerahkan kelapa matag dan membeli kelapa pandan wangi Thai dari beliau.

Perjalanan seterusnya adalah ke Kubang Kerian untuk menyerahkan benih buluh madu Taiwan kepada En Azman. Jam 7.45 malam misi ke Kelantan selesai. Alhamdulillah.

Seterusnya adalah untuk menyelesaikan satu lagi pengkantaran ke Bt Pahat, Johor. Jam 8.00 malam aku bergerak pulang ke Muar, Johor untuk mengambil benih dan menghantarnya kepada En Romi di Bt Pahat.

Memang terasa letih dan penat, namun atas rasa tanggungjawab aku gagahkan jua dengan keringat pinjaman dari Allah.  Alhamdulillah syukur pada Allah perjalanan tanpa halangan jam 11.45 pagi penghantaran terakhir berjaya diselesaikan.

No comments:

Post a Comment