Alhamdulillah syukur pada Allah yang memberi nikmatnya dan rahmat pada setiap nafas yang dihembus dan setiap nafas yang di sedut.
Dengan itu kita yakin bahawa Allah itu Wujud.
Macam saya ni....bila orang tanya??? macam mana nak yakin dan percaya pada En Din walaupun dia bekas peg Jab Pertanian sebelum saya membekalkan baka-baka tulen Kelapa Matag ini.
Senang aje...... saya tanam sendiri, jawapan yang mudah. Orang cakap pokok Kelapa Matag ni 3 1/2 hingga 4 tahun dah berbuah. Tapi kelapa matag yang dibekalkan oleh En Din setelah ditanam 3 tahun dah keluarkan hasil. Ada yg sepokok tu terlebih manja 2 tahun 3 bulan dah keluar mayang.
Putiknya 30 biji
Putiknya 25 biji
Yang ini paling banyak 41 biji
Wah... ini dah kira baik punya.... Alhamdulillah, setiap yg baik kita kena bersyukur pada Allah. Tak yakin lagi ke saya, mestilah saya yakin.
Orang tanya lagi.... apa yang membuatkan anda bertambah yakin ????
Hahahaha... jap ya... saya pon belahlah kelapanya. Kelapa yg saya cakap dia keluarkan mayang pada usia 2 tahun 3 bulan.
Nak tahu apa yang meyakinkan saya??????
Pertama, Airnya sedap diminum.... sungguh lazat.
Kedua, isinya tebal.
Ketiga, saya ukur dengan kuku saya. SubhannAllah tebalnya. Kalah kelapa kampung.
Keempat, Putiknya pon banyak
Kelima, sabutnya nipis iaitu kurang 1 inci
Maka saya bertambah-tambah yakin dengan benih yang dibekalkan oleh En Din. Baka Kelapa Matag Tulin Gred F1/G1.
Moga pengalaman ini sungguh bererti buat saya dan moga Allah bersama-sama saya mengembangkan Kelapa Matag untuk keperluan negara, Amin.
Saya nak contact no. saya nak beli
ReplyDelete0162265710 halim
ReplyDelete